Monday, January 4, 2010

my Brother on metro...4.1.2010.....



SEMUA 25 bas dua tingkat Sani Express Sdn Bhd dilengkapi 'Speed Limiter' yang tidak membenarkan pemandu mengemudi kenderaan melebihi had laju dibenarkan.

Ketua Mekanik Scania (Malaysia) Sdn Bhd, Mohammad Fauzi Zainoh berkata Speed Limiter bas dua tingkat Sani Express akan diperiksa menggunakan komputer apabila pihaknya melakukan servis ke atas kenderaan terbabit.

Malah, katanya, Speed Limiter tidak boleh diubah atau diusik mana-mana pihak termasuk pemandu kerana ia hanya boleh dilaraskan dan diperbetulkan oleh mekanik terlatih Scania menggunakan alat khas.

"Kami (mekanik Scania) akan memeriksa setiap sambungan pada Speed Limiter dan sistem yang berkaitan dengannya setiap kali bas dihantar untuk pemeriksaan dan servis," katanya.

Menurutnya, penggunaan Speed Limiter memberikan beberapa kelebihan termasuk menjimatkan penggunaan bahan bakar dan tiada penyelenggaraan, tetapi hanya pemeriksaan berkala.

"Tapi kami masih memeriksa Speed Limiter setiap kali bas diterima untuk servis. Tidak kira sama ada bas Sani Express atau syarikat pengangkutan awam lain. Kami akan memeriksanya," katanya.

No comments:

Post a Comment