Monday, January 4, 2010

my Brother on metro...4.1.2010.....



SEMUA 25 bas dua tingkat Sani Express Sdn Bhd dilengkapi 'Speed Limiter' yang tidak membenarkan pemandu mengemudi kenderaan melebihi had laju dibenarkan.

Ketua Mekanik Scania (Malaysia) Sdn Bhd, Mohammad Fauzi Zainoh berkata Speed Limiter bas dua tingkat Sani Express akan diperiksa menggunakan komputer apabila pihaknya melakukan servis ke atas kenderaan terbabit.

Malah, katanya, Speed Limiter tidak boleh diubah atau diusik mana-mana pihak termasuk pemandu kerana ia hanya boleh dilaraskan dan diperbetulkan oleh mekanik terlatih Scania menggunakan alat khas.

"Kami (mekanik Scania) akan memeriksa setiap sambungan pada Speed Limiter dan sistem yang berkaitan dengannya setiap kali bas dihantar untuk pemeriksaan dan servis," katanya.

Menurutnya, penggunaan Speed Limiter memberikan beberapa kelebihan termasuk menjimatkan penggunaan bahan bakar dan tiada penyelenggaraan, tetapi hanya pemeriksaan berkala.

"Tapi kami masih memeriksa Speed Limiter setiap kali bas diterima untuk servis. Tidak kira sama ada bas Sani Express atau syarikat pengangkutan awam lain. Kami akan memeriksanya," katanya.

back from k.l...

sabtu yang lepas aku berlepas ke kuala lumpur...bukan apa...saje nk tengok perkembangan terbaru anak saudara...nama dia Farah Nur Nadirah Bt. Mohamad Fauzi...wah!!bestnya!!dia da pandai 'berbual'....badan pown makin sihat...aku tengok abang dan akak pun nampak bahagia sangat dengan kehadiran cahaya mata dorang yang sulung nih...tapi pagi tadi, nak tak nak aku terpaksa meninggalkan Farah...nak buat macam mana...kena duty mlm nih...takper...ader masa nanti aku akan ke kuala lumpur lagi untuk melepaskan rindu pada farah....comel sangat dia tuh...nih gambo masa dia dalam pantang lagi...nanti ada masa akan upload gambar Farah yang terbaru....

Friday, January 1, 2010

kehidupan.....


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang

paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang

saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.

Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di

depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang

lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang

berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput

yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada

banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya

pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa

menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak

jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang

saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang

semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan

seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang

lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita

sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang

berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.

Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh

perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun

banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah

orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik

pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik

seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh

diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah

orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Monday, December 28, 2009

how to make a choice??

hahaha...beberapa hari sebelum nih ader dpt interbiu...but in kl r...tp...sedih ckit...sbb xdpt permision untuk g....position n salary da mantop...job scope pown best...but xdpt...maybe bukan rezeki kowt...mcm aner erk??pilihan antara family n masa depan....

Saturday, December 26, 2009

detik mengerikan...




23.6.2009...satu tarikh yang memberikan aku pengalaman paling berharga dlm hidup...3 hari selepas ulang tahun yang ke-23, aku telah mengalami kemalangan yang agak teruk...masa tuh aku on d way balik dari keje....xtau mcm mana,tiba-tiba je....sedar2 je dengat bunyi dentuman yang sgt kuat na ada kaca termasuk dlm mulut...waktu tu cuma terbayang muka mak dengan ayah jer...syukur nyawa masih panjang...aku mengalami kecederaan yang agak teruk di lutut kiri...xtau kene apa sebab lutut koyak....keter jgn ckp r...total lost...sbb enjin problem n chasis da lari...kemalangan aku tuh menyebabkan jalan sesak..yerlah...waktu orang balik keje....urm...sampai skang condition aku masih tak berapa ok...still need to check-up....